BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 27, 2010

Masalah Banjir Dapat Diatasi





Januari 2010..pihak Jkkk telah membeli 2 gelung/longkang sebagai tambahan untuk mengatasi masalah laluan air ditepi jalan berhadapan rumah bakar Guar Perahu.. Sebelum ini seperti sedia maklum,setiap kali berlaku banjir pastinya kawasan2 tersebut dinaiki air dan bertakung berberapa hari.Pada hujung tahun 2009,Pihak Jkkk telah membuat permohonan kepada Pejabat Daerah/JPS untuk mengatasi masalah banjir dikawasan tersebut kerana setiap kali hujan mahupun air pasang di ban/tali air bersebelahan pastinya air akan berlimpah sehinggakan membawa kesulitan kepada penduduk2 disitu. Alhamdulillah...Pemohonan Jkkk telah pun diluluskan dan sudah siap dibina longkang-longkang tersebut.

Monday, January 25, 2010

SRS MENGANJURKAN MAJLIS KESYUKURAN..




Ahad lalu,25 JANUARI satu majlis kesyukuran anjuran SRS telah diadakan bertempat dicourt takraw kg Guar Jering jam 10 malam.Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana kes seperti pecah rumah,ragut mahupun maksiat sudah pun berkurangan..Jika sebelum ini...saban hari saban malam pasti ada saja kes2 tersebut... tp kini alhamdulillah ianya dapat dikurangkan.Ini adalah satu pergorbanan yang dilakukan oleh skuad ronda sukarela,bersekang mata demi keselamatan kg,biarpun orang lain dibuai mimpi indah,bahkah tidak kisah akan sekeliling apa yang berlaku tp mereka terus menabur bakti,bertemankan embun demi untuk keselamatan dan penduduk ..Mudah-mudahan selepas ini,ada kawan2 yang belum sempat menyertai bolehlah datang join sama k..atau jika berlaku sesuatu yang mencurigakan bolehlah hubungi wakil-wakil kampung anda.

Monday, January 18, 2010

Taklimat Mengenai Srs&Keselamatan Bersama Ketua Polis Negeri




Ahad lalu 17 Januari pihak Jkkk dan Srs telah menghadiri taklimat mengenai Bengkel Pencegahan Jenayah bersama ketua polis negeri,Datuk Ayub Yaakob bertempat di politenik seberang perai.Seperti mana diketahui ramai,kejadian seperti pecah rumah,ragut,kecurian terlalu kerap berlaku,begitu juga dikawasan mukim 21 tidak terlepas dari menghadapi situasi seruis ini.Setelah kehadiran srs ianya dilihat semakin berkurangan. Pihak jkkk ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk yang sanggup berjaga malam demi keselamatan kg..diharap usaha murni penduduk yang sanggup bersengkang mata ini dapat dihargai oleh penduduk2 lain,kerana disaat kita sedang indah dibuai mimpi..namun ada penduduk yang berkorban malam untuk menjaga keselamatan kg.. Semasa taklimat tersebut,beliau berharap masyarakat dapat bersama pihak polis dalam mengurangkan masalah jenayah yang berlaku.PDRM pulau pinang mensasarkan pengurangan kadar jenayah dapat dikurangkan 20% pada tahun ini.

Sunday, January 17, 2010

Papan Board Untuk Maklumat Penduduk



Alhamdulillah..minggu lalu papan board telah siap dipasang di dinding kedai sewa bakar basikal iaitu kawasan pasar malam Guar Perahu.Tujuan disediakan papan board tersebut adalah untuk menyalurkan maklumat-maklumat kepada seluruh masyarakat mk21. Diharap selepas ini masyarakat dapat mengetahui sesuatu info,maklumat dengan lebih pantas dan mudah agar setiap berita samaada dari kerajaan kepada rakyat, jkkk kepada penduduk mahupun penduduk kepada penduduk menjadi rujukkan buat semua.

Monday, January 11, 2010

Tebing Tar Bahaya Sudah Diatasi





Dalam mesyuarat bil 01/10 wakil jkkk dari kampung padang buluh ismail telah melaporkan tebing tar yang membahayakan pengguna dijalan kg itu.Menurut beliau keadaan tersebut perlu tindakan segera agar tidak berlaku sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan.Mesyuarat memutuskan membeli batu kasaran sebanyak 2 lori untuk menampung tebing2 tersebut dengan mengunakan dana jkkk hasil daripada kutipan pasar malam.