BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 26, 2010

Laporan Berita Harian Bersifat PELAMPAU.

PULAU PINANG, 22 April: Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Ellias Zakaria menggangap laporan Berita Harian hari ini bertajuk 'Agong tolak Mansor' bersikap melampau untuk melagakan dirinya dengan Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mansor Othman dan pihak istana.

Beliau ketika dihubungi kesal dengan tajuk berkenaan seolah-olah beliau berselisih mengenai isu tersebut sedangkan dirinya dan Dr Mansor mempunyai hubungan yang akrab.

"Pagi tadi saya telah menelefon Dr Mansor menjelaskan keadaan sebenar supaya Dr Mansor tidak terkejut dengan tajuk berita itu. Saya langsung tidak menyentuh tentang cadangan kerajaan negeri mencadangkan Dr Mansor tetapi hanya bercakap Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dirinya sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) sehingga 31 Disember 2011, " terangnya.

Cerita itu sengaja direka untuk memecahkan perpaduan yang nyata kukuh walaupun jawatan YDP Maipp menjadi kontrovesi setelah Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan daripada Barisan Nasional (BN).

Akhirnya jawatan YDP Maipp telah diselesaikan dengan penuh harmoni apabila bekas YDP Maipp lalu, Shabudin Yahya meletakkan jawatan pada bulan Januari lalu.

Beliau berharap semua berita yang disiarkan menepati kehendak lojik atau apa yang disebut bukan berlandaskan motif tertentu untuk melagakan seseorang.

"Buatlah berita yang benar jangan mencipta apa yang tidak disebut, mudah-mudahan tidak menimbulkan kontroversi yang baru, " jelasnya


layari http://mansorothman.blogspot.com/

Wednesday, April 21, 2010

Pertandingan Memancing Piala YB Mansor Bin Othman



Dalam mesyuarat yang lalu,Pihak Jkkk telah memutuskan untuk mengadakan satu pertandingan memancing terbuka piala TKM 1,YB Mansor bin othman dengan kerjasama Pusat Khidmat Adun Penanti. Pertandingan tersebut akan diadakan pada 2 Mei ini bertempat di sungai Kg.Terus bermula jam 8.00pagi - 12tghhari.Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk merapatkan hubungan jkkk,pusat khidmat dan masyarakat.Selain itu juga,ianya dapat menyelami hobi kaki pancing.. Tema memancing pada tahun ini dikenali sebagai "Santai Bersama-sama".Kepada sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan borang ditempat yang disediakan atau menghubungi pihak urusetia pertandingan.

Jom Kembara Ke Kelantan

Pihak jkkk akan mengadakan konvoi kembara ke kelantan untuk penduduk mukim 21.Tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada penduduk-penduduk yang ingin melawat kelantan disamping pehargaan kerana banyak membantu pihak jkkk dalam setiap program yang dijalankan.Konvoi tersebut akan bertolak pada 15 Mei ini jam 8.00pagi bertempat di dewan banjir Guar jering.Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi wakil jkkk dari setiap kampung.

Borang Kaji Selidik Diedarkan...


Alhamdulillah...Pihak Jkkk Guar Perahu melangkah setapak lagi ke hadapan apabila mewujudkan borang kaji selidik yang akan diedarkan tidak lama lagi.Tujuan borang ini dikeluarkan adalah untuk megenal pasti penduduk-penduduk dibawahnya tidak terpinggir dan memudahkan bantuan disalurkan untuk golongan yang memerlukan.Dengan wujudnya borang tersebut pihak jkkk akan mendapat maklumat yang lebih terperinci dalam mengenal pasti golongan miskin,tanggungan yang ramai,pesakit2 kronik,ibu tunggal,anak yatim serta warga emas..Selain itu,borang ini juga dapat mengelak penduduk yang terpinggir dari menerima bantuan serta mengelak dari berlakunya sikap pilih kasih.Diharap penduduk2 dapat memberi kerjasama dengan baik dalam mengisi borang tersebut agar ianya berjalan dengan lebih lancar.Untuk maklumat lanjut,penduduk2 bolehlah menghubungi wakil jkkk dari setiap kampung.