Tuesday, February 23, 2010
Monday, February 22, 2010
Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Dan Sukaneka Rakyat
Pihak JKKK Guar Perahu akan mengadakan kejohanan bola sepak dan sukaneka rakyat yang dijadualkan pada 28hb,Ahad ini bertempat di padang bola sepak Guar Jering.. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan Jkkk dengan masyarakat disamping merapatkan silatulrahim dikalangan penduduk mukim 21. Kepada peserta2 yang berminat bolehlah hubungi nama2 yang disenaraikan diatas...
SEMUA DIJEMPUT HADIR.....
Ceramah Tolak Fintah 27-2-10
Sejak akhir-akhir ini berlaku serangan bertubi-tubi oleh pihak media terhadap pimpinan kerajaan negeri.Media yang sepatut menjadi panduan yang baik untuk rakyat seakan-akan bertindak mewakili pihak tertentu dalam memecah belahkan rakyat jelata. Jika sebelum ini 50 tahun dibawah pimpinan BN..rakyat melayu terpinggir bahkan terpaksa lari berpindah sana-sini.Dimana media dan pihak-pihak tertentu yang dikatakan JUARA RAKYAT??????MANA??jika sebelum ini peniaga2 melayu diusir mengapa media tidak mainkan isu ini??jika sebelum ini tanah2 melayu diambil dan dirampas,kenapa media yang membodohkan pemikiran rakyat jelata tidak sibuk siarkan?? Mana pergi puak2 yang gah berkata kami Juara rakyat?? setelah diteliti berdasarkan rekod yang dikeluarkan bahawa lebih banyak peniaga melayu dirobohkan dibawah pimpinan BN..lebih banyak peniaga kaum lain dirobohkan pada tahun 2009.Apakah pihak media ini terus menjadi media yang melemahkan pemikiran rakyat?? Jika disedari pihak media yang mewakili 26 juta rakyat seakan2 lebih suka membodohkan rakyat,memecah belahkan orang, dari mencerdikkan pemikiran rakyat.Isu Dato Seri Anwar dengan mudah media menjatuhkan hukuman bahkan beliau masih lagi dibicara?? apakah kita sebgai rakyat sekali lagi akan terperangkap dibawah lakonan pihak tertentu yang mengunakan skrip lama yang bersiri 2?? mengunakan pelakon lain?? tetapi penerbit,pengarah dan dibelakang tabirnya orang yang sama??? Isyallah segalanya akan terjawab melalui ceramah yang akan dianjurkan
Pada 27 FEBUARI ( SABTU) JAM 9.00 MALAM.
Tempat : PADANG BOLA SEPAK GUAR JERING
Penceramah : Dato seri ANWAR IBRAHIM
SHARIL LONG
YB MANSOR
YB AZMIN ALI
SEMUA DIJEMPUT HADIR...............
Sunday, February 21, 2010
JKKK Iringi DSAI Dan Tkm 1 Ziarahi Pesakit
Pada 16 hb lalu jam 5.20ptg pihak JKKK telah membawa Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga YB Mansor Othman melawat pesakit strok iaitu Mohd Dali peniaga mee kuah bertempat dikg Guar Perahu,sebelum itu pihak JKKK turut membawa menziarahi Pakmeh yang terlantar sakit lumpuh juga di kg Guar Perahu..Walaupun Dato Seri terlalu sibuk waktu ini terutamanya tuduhan kes kepada beliau yang belum selesai,Namun apa yang mengkagumkan penulis apabila pulang pasti beliau akan melawat dan menziarahi penduduk dikawasan Permatang Pauh..Beliau juga melahirkan perasaan prihatin dan memberi kata2 semangat kepada mereka disamping menyampaikan sumbangan peribadi.. Apabila penulis megenangkan apa yang berlaku kepada Dato seri,terasa sebak menikam didada,semangat beliau begitu kuat mengharungi fitnah oleh pihak2 tertentu. Apakah kita semua membekukan hati,membutakan mata,memekakan telinga terhadap tuduhan yang dileparkan kepada beliau???? ingatlah
Firman Allah di dalam Surah Al-Hujurat- 6:“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang FASIK membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum ( penduduk,masyarakat)tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu… .. Buat semua sendiri fikirlah...terutama sekarang ni..banyak fintah...banyak mereka-reka cerita.. ingat fintah itu lebih tajam dari mata pedang dan sebab itu dosanya lebih besar daripada membunuh.
Wednesday, February 17, 2010
Lagi tebing tar bahaya diatasi
Jika bulan lalu pihak JKKK memutuskan untuk membantu penduduk di Padang Buluh yang menghadapi kerisauan apabila tebing tar yang tinggi boleh mendatangkan bahaya, kini dengan mengunakan dana pasar malam pihak JKKK telah membeli 2 lori batu kasaran untuk tambak tebing2 tar dikawasan Padang Ibu,tambahan pulak jalan tersebut menjadi jalan pintas bukan sahaja penduduk kawasan tersebut bahkan ianya menjadi laluan untuk penduuduk Padang Temusu,Guar Jering,Kg Terus dan pelajar2 sekolah..