BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 22, 2010

Edaran Risalah Larangan Jual Beli Waktu Maghrib



Awal bulan ini pihak jkkk telah membuat satu keputusan mengedar risalah larangan jual beli waktu maghrib kepada peniaga-peniaga pasar malam dan orang ramai bertempat di pasar malam Guar Perahu. Hasil dari tinjauan sebelum ini didapati kebanyakkan pengunjung kerap kali hadir membeli pada waktu maghrib..Setelah bermesyuarat keputusan dicapai untuk mengedar risalah tersebut dan keputusannya dilihat menampakkan kearah positif. Semoga usah murni ini dapat diteruskan agar semua pihak lebih menghormati waktu maghrib dan memberi peluang baik kepada peniaga mahupun kepada pengunjung agar sempat menunaikan solat dan menghormati azan yang sedang dilaungkan..Isyaallah pihak jkkk akan membuat tinjauan dan bertanya maklum balas kepada peniaga2 dari masa ke semasa..