BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 20, 2011

Pertemuan blogger Pakatan Pulau Pinang 16 Jan Di Puncak Kristal Kg. Pelet


Semua blogger yang pernah bersama-sama menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang dijemput hadir bersama Lajnah Penerangan PAS negeri bagi tujuan 'pam' kembali semangat mereka yang kian luntur setelah Pakatan Rakyat menang pada 8 Mac 2008.


Program yang diadakan pada 16 Januari di Puncak Mutiara Kristal yang terkenal dengan masakan kambing di Kampung Pelet, Penanti akan bermula pukul 8.00 malam.Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Zulkifly Ishak berkata, pertemuan tersebut amat penting kerana BN terlalu bebas menaburkan fitnah kepada Pakatan Rakyat.


Katanya, sedangkan Pakatan Rakyat masih dibelenggu dengan media yang boleh dijadikan alternatif bagi menjawab semua dakyah jahat Umno dan BN."Semua blogger diharap dapat bersama kami kerana pertemuan itu pastinya mencatat satu lagi perkembangan positif memandangkan tarikh pilihanraya semakin hampir," tegasnya.Lagipun, katanya sudah lama tiada pertemuan untuk membincangkan beberapa perkara penting sebagai bekalan blogger memantapkan lagi isu yang melanda negeri ini.


Umno kini bertukar strategi dengan masuk ke kampung-kampung menerangkan isu wang judi, kerajaan negeri meroboh gerai Melayu, penghakisan orang Melayu dari Pulau Pinang serta semakin banyak tanah orang Melayu dijual pada bukan Melayu dan sebagainya.


“Isu-isu begini masih berlegar tenang di pemikiran orang Melayu sehinggakan mereka menganggap Kerajaan Pakatan Rakyat jahat dan tidak menguntungkan orang Melayu di Pulau Pinang."Umno gunakan media mereka dan turun ke kampung-kampung untuk sebarkan dakyah jahat untuk tujuan memburukan Kerajaan Negeri. Kita tak patut duduk diam tanpa menjawab sesuatu. Peranan bloggerlah yang kita harapkan," jelas beliau.

Untuk maklumat lanjut hubungi Rashid Mohd Ali di talian 013-4145663