BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 19, 2010

Konvoi Kembara Ke Kelantan




15 Mei 2010...Jkkk Guar Perahu telah mengadakan satu Konvoi kembara ke Kelantan pada sabtu lalu.Kembara yang julung kali diadakan telah mendapat sambutan yang hebat dari penduduk sekitar mukim 21. Sebanyak 23 buah kereta telah menyertai konvoi tersebut yang dilepaskan oleh setiausaha TKM 1 En.Anuar.Konvoi yang bertolak jam 9 pagi pada hari tersebut telah melawat beberapa tempat menarik dikelantan termasuk sempat bertemu dan beramah mesra dengan Menteri Besar kelantan Tuan Guru Nik aziz.. Pada 16hb konvoi bertolak pulang dan selamat sampai jam 10 malam..

Sunday, May 2, 2010

Ikan Keli 0.750gram Muncul Juara...






02 Mei 2010 Kg Terus... Pihak JKKK Guar Perahu dengan jayanya telah menganjurkan satu pertandingan memancing terbuka Piala TKM 1 YB Mansor Othman bertempat di sungai Kampung Terus,penganjuran kali pertama oleh pihak JKKK Guar Perahu ini telah berjaya menarik minat orang ramai dengan peryertaan melebihi dari 150 peserta.Seawal 7.30pagi kehadiran kaki-kaki pancing telah menunggu terutamanya yang belum sempat daftar kerana datang dari jauh diantaranya dari sungai petani,balik pulau malah ada juga dari ipoh. Acara yang bermula jam 8.30 pagi itu telah dirasmikan sendiri oleh YB Mansor Othman yang sempat meluangkan masa untuk memancing bersama peserta-peserta lain.Tepat jam 12tghari,Muhammad Hizuan telah dinobatkan selaku Pemenang ditempat pertama dengan membawa wang tunai RM500 apabila ikan keli seberat 0.750gram berjaya dinaikkan manakala ditempat kedua telah dimenangi oleh peserta wanita hazizah dengan membawa wang tunai RM300 dan tempat ketiga telah menerima wang tunai RM200. Selain itu juga 10 peserta telah menerima cabutan bertuah yang telah disampaikan oleh Pegerusi serta AJK JKKK Guar Perahu.Dengan Kejayaan ini sekali lagi Pihak JKKK Guar Perahu serta Pusat Khidmat dun Penanti ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat urusetia-urusetia dan seluruh peserta yang terlibat.Mudah-mudahan dengan penganjur aktiviti begini dapat menwujudkan suasana harmoni dikalangan penduduk pulau pinang. sekian jumpa lagi di lain program..terima kasih.