BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 22, 2010

Gangguan bekalan air di Pulau Pinang 28 disember ini


GEORGE TOWN: Hampir 80 peratus kawasan di Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air antara 12 dan 24 jam pada 28 Disember ini, melibatkan kira-kira 1.3 juta penduduk negeri itu.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir Jaseni Maidinsa berkata dua kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam ialah Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar manakala seluruh kawasan Seberang Perai, George Town, Farlim, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung akan mengalami gangguan selama 12 jam.
Katanya kawasan Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang tidak terlibat dan akan menerima bekalan air seperti biasa.

“Gangguan yang melibatkan kira-kira 80 peratus penduduk negeri ini berikutan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata gangguan bekalan air itu bermula pada jam 7 pagi, 28 Disember dan akan pulih sepenuhnya pada jam 7 malam di kebanyakan kawasan manakala kawasan yang mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam dijangka pulih pada jam 7 pagi, keesokannya.
“Kita perlu melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua yang merawat 80 peratus air untuk seluruh Pulau Pinang,” katanya.
Jaseni berkata pada masa yang sama PBAPP akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik dan mekanikal berkala di Stesen Pam Bukit Dumbar dan juga penyambungan paip utama di Simpang Jalan Sungai Dua, Jalan Pekan Darat dan Jalan Bukit Tengah untuk projek landasan kereta api berkembar.
“Kita akan menurunkan kira-kira 300 pekerja pada hari berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata PBAPP merujuk kepada kerajaan negeri dan memaklumkan kepada pihak industri mengenai gangguan berkenaan.
Beliau turut menasihati penduduk Pulau Pinang supaya menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 24 jam.
Maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan air itu dapat diperoleh menerusiPusat Panggilan 24-jam PBAPP di talian 04-5096509. -Bernama
Sumber : Harian Metro

Adun Selising jawab tuduhan zina.




geng2 Blogger umnoapco... ghairah mencabar Adun Selising - Drs Saipul Bahrin Mohamad untuk buat laporan polis dan menyaman mereka bagi menafikan tuduhan berzina dengan isteri seorang guru (isteri orang) dalam koc keretapi suatu masa dulu.
Gua dah publish kisah ini dua hari lepas, malah di utarakan pula oleh beberapa blogger pro pakatan seperti Bridget MP Segambut dan Mountdweller.
Tujuannya bukanlah hendak memanaskan isu lapuk dan fitnah ini, gua yakin para penyokong pakatan rakyat tidak akan mudah tertipu dengan dakyah dajjal dari cybertrooper puak2 umnoapco yang memainkan isu ini dengan tujuan merosakkan imej dan reputasi PAS sekaligus menyerang Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang amat di kesali pelbagai celaan dan nista ditujukan kepada TGNA sehingga melabelkan seolah-olah setaraf dengan paderi kerana boleh mengampunkan dosa manusia.Jika sebelum ini dalam beberapa bulan lepas puak2 laknat tu... hanya menyampaikan fitnah tuduhan tanpa sebarang bukti... tetapi kini sudah ada bukti tuduhan berupa video klip.

Maka dengan itu adalah wajar bagi pihak yang tertuduh mengambil tindakan membuat laporan polis dan sekaligus memfailkan saman fitnah terhadap individu2 terbabit termasuklah blogger2 umnoapco yang selama ini melalak minta di saman jika perkara ini tidak benar.Apa yang gua kesalkan sebelum ini adalah sikap berdiam diri PAS dan Adun Selising dalam isu ini, sedangkan ianya hangat di provoke dalam Blog dan FB puak2 tersebut, sedikit sebanyak ianya pasti mengoyah keyakinan pembaca terhadap PAS dan Adun tersebut. Seperti mana pepatah melayu yang layu ini.... "Kalau diam tandanya setuju". Jadi adakah PAS bersetuju dengan tuduhan tersebut....????

Alhamdulillah.... hari ini Adun Selising telah menjawap segala pertuduhan tersebut, dan gua amat berharap beliau dapat sekolahkan dan memberi sedikit pengajaran kepada puak2 yang terlibat supaya berhati2 dari membuat fitnah.Seperti yang telah di lakukan oleh Khatib Solat Jumaat di Penang yang di tuduh mendoakan L.G. Eng.... akhirnya puak2 pemfitnah akhir zaman ini telah berhadapan dengan tindakan saman..... yeahhhh.... baru diorang ada akai kot....Dan kalau nak saman pulak..... tolong saman ratusan jutaan hengget... biar menanah juboq puak2 tu... kecuali parti haramjadah laknat umnoapco yahudi laknatullah tu sanggup tolong bayarkan.... hahahaha....., Mari kita lihat.... mulut siapa yang nak kena cili api dan siapa pula yang kena sula......!!!!!!!!Saman.... jangan tak Saman....!!!!

Blog; IkutSukaAku

-------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan Adun Selising..


22 DIS..Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya. Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.
"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Kesian dekat ibubapa..anak2 nak bersekolah..ada yang Pakaian pun tak beli lagi. Isteri PM habiskan Duit rakyat RM4.5 Juta dalam masa 3 hari ja..


Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.

Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong.

Dalam sidang media hari ini, Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong.


Malaysiakini.com

Umno jangan berlakon bela agama


SELAYANG, 22 Dis: Pemimpin Umno BN digesa agar jangan sesekali suka berlakon kononnya membela agama kepada rakyat dalam setiap perkara yang berlaku yang ada kaitan dengan agama.
"Rakyat kini semakin cerdik menilai mana intan dan permata," tegas Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Mohamad Abd Rahman selepas balik daripada Baiah (Majlis Mengangkat Sumpah) sebagai Penyelaras Dun Taman Templer di Shah Alam, semalam.
Beliau yang juga Penyelaras Dun Taman Templer mengulas demonstrasi Umno kononnya membantah kemungkinan Surau Al-Hidayah dirobohkan.
Katanya, demonstrasi tersebut adalah satu provokasi yang didalangi oleh Umno BN yang mencari populariti murahan untuk menghasut rakyat supaya membenci pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kononnya tidak prihatin tentang masalah agama islam.
Tambahnya, Umno BN membuat provokasi demonstrasi bantahan dengan mewar-warkan kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar Rawang seolah-olah berlaku kelemahan dan ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di Pekan Rawang jatuh ke tangan syarikat swasta.
“Kita bukan sekadar mempertahankan tanah tetapi lebih dari itu yang kita pertahankan adalah Islam.
"Kenyataan tersebut adalah tidak berasas langsung, kerana yang menggadainya maruah orang Melayu dan Islam adalah Umno BN. Demonstrasi yang dibuat adalah memakan diri. Sekarang daripada rakyat tidak tahu, ia sebenarnya telah memecahkan tembelang mereka sendiri,” katanya.
Beliau menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin bahawa kerajaan negeri langsung tidak terlibat dengan pelan pembangunan tapak seperti mana yang dituduh oleh Umno yang mengadakan demonstrasi kelmarin.
"Tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama syarikat swasta, Mahumas Sdn Bhd dan rekod menunjukkan SAP Holding Sdn Bhd bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor semenjak 2002 lagi,” jelasnya.
Sebenarnya, jelas beliau bukan setakat Surau Al-Hidayah sahaja yang PAS sentuh tetapi ada beberapa isu lain berkaitan dengan tanah dan agama Islam di Rawang.
“PAS Selayang akan cuba bongkarkan dan sedang mengumpul bukti termasuk tergadainya sebahagian tanah Masjid Nurul Iman yang untuk pembinaan jalan oleh Mahumas, tanah surau dan rezab kubur di Taman Rawang Perdana yang sudah digezetkan telah bertukar statusnya. Semuanya itu berlaku semasa Umno BN memerintah,” jelasnya.
Tambahnya, mungkin tidak ramai penduduk sekitar Rawang yang tahu sejarah Surau Al-Hidayah di Kg Melayu, Rawang termasuk bagaimana berlakunya kronologi surau tersebut.
Oleh itu, pihaknya meminta agar rakyat dan penduduk sekitar Rawang tidak cepat melatah dan mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Umno BN dan diminta merujuk kepada Nazir dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Nurul Iman Rawang sebagai penaung untuk semua surau-surau di dalam pentabirannya.
Beliau juga Penasihat Pemuafakatan Nazir-Nazir Masjid Selayang mengajak rakyat membuka minda dan mengingati setiap peristiwa yang telah berlaku dalam aspek menjaga rumah ibadah seperti surau dan masjid bukan cara seperti yang diamalkan oleh Umno.

Mohamad juga menggesa agar rakyat berfikir dan menilai dengan sebijak-bijaknya kerana sepanjang Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah tidak pernah berlaku lagi peristiwa meroboh masjid atau surau.
Ini, katanya jelas terbukti, hampir 3 tahun PR memerintah, masjid dan surau sentiasa diimarahkan oleh rakyat.
Tambahnya, amat berbeza semasa zaman pemerintahan kerajaan Umno BN di mana surau dan masjid tidak mendapat sambutan rakyat kerana tiada pengurusan yang tulus dan majlis ilmu tidak dijalankan secara sempurna.
“Rumah ibadah boleh dikatakan seperti kubur yang sunyi kerana tiada majlis-majlis ilmu dan zikrullah semasa di bawah pengurusan Umno BN,” ujarnya.

Isu doa khutbah: Ust Zakaria saman Utusan, NST, Shabudin


16 Muharam 1432H Oleh :
Fakhri AliPULAU PINANG, 21 Dis:
Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad.Dalam kenyataannya kepada media di sini malam tadi, beliau berkata saman itu adalah bagi mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh beliau sebagai seorang tokoh agama daripada terus diperlekehkan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu dalam membesarkan isu yang tidak benar lagi batil itu."Saman ini adalah bagi mengingatkan mereka yang jauh tersasar supaya tidak dengan sewenang-wenangnya menggunakan platform agama untuk mencari pengaruh."Saya bercakap atas dasar agama Islam yang sebenarnya. Mereka telah memfitnah saya melalui akhbar sehingga memberi satu impak yang negatif terhadap kepercayaan, kewibawaan dan reputasi masyarakat terhadap saya," tegasnya lagi.Seperti mana dalam salinan saman yang diperolehi menyebut penyiaran dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos dengan perkataan fitnah oleh Shabudin 'tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau'.Begitu juga dengan penyiaran berita mengenai unsur fitnah yang mengaitkan isu khutbah dalam Berita Harian bertarikh 23 dan 25 Ogos lalu."Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," tambahnya lagi.Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan penyalahgunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah Jumaat di beberapa buah masjid di Pulau Pinang ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan di Tasek Gelugor.Ekoran pendedahan tersebut Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang melalui Pemuda Umno bahagian telah membuat beberapa laporan polis supaya perkara itu disiasat.Zakaria memfailkan saman itu Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar.Katanya lagi, apa yang diharapkan ialah keadilan tertegak tanpa menidakkan kebenaran yang sepatutnya dijadikan asas dalam penyiaran oleh mana-mana media dalam negara ini.Beliau juga turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu.Namun begitu, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau setelah keterangan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria diadakan pada 24 Ogos lalu.Harakahdaily/-

Penduduk Malaysia Kini berjumlah 27,565,821 Orang (Bancian 2010)



PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.
Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.
Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.
Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.
Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.
Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.
Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.
Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.
Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.
"Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya.

Wednesday, December 15, 2010

Pulau Pinang bayar guru Kafa RM100 sempena Maal Hijrah

14 Dis: Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) , yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah...

Sunday, December 12, 2010

Majlis Berkhatan Anjuran JKKK Guar Perahu
















Alhamdulillah program berkhatan yang berlangsung pada 12 DIS 2010 Bertempat di Sekolah agama Guar Jering berjalan lancar. Seramai 30 peserta terlibat. Di awal pemulaan majlis jam 8.30 pagi di mulakan ucapan oleh pengerusi JKKK dan di rasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri YB Abdul Halim Hussin. Seterusnya jam 9.00pagi perarakan kompang dijalankan membawa peserta dimandikan oleh MPSP. Selesai saja mandian program berkhatan dijalankan...Pihak JKKK mengucapakan jutaan terima kasih kepada Speaker, Tok Budim , MPSP , VICO dan seluruh penduduk yang membantu menjayakan program..... terima kasih. Untuk dapatkan gambar lebih banyak sila layari facebook Guar Perahu.

Thursday, December 2, 2010

RM800 Untuk Kakitangan Awam Pulau Pinang


December 02, 2010GEORGE TOWN, 2 Dis – Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.
“Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.
Ketua Menteri berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam.

Sunday, November 28, 2010

JKKK Guar Perahu Ke-3 JKKK Terbaik SPT.
















JKKK Guar Perahu terpaksa akur apabila hanya menduduki tempat ke-3 peringkat Seberang Perai Tengah,Dalam pertandingan JKKK terbaik 2010 .Anugerah yang diadakan di dewan Millinium,Kepala Batas pada 26 Nov Lalu telah dirasmikan oleh TKM 1 Dato Mansor Othman. ..jam 8 malam.

Monday, November 15, 2010

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis


JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.
Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.
"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.

Wednesday, November 10, 2010

Majlis Berkhatan 2010


Pihak JKKK akan mengadakan majlis berkhatan pada 12 Dis ini bertempat di sekolah agama Guar Jering. Yuran hanya dikenakan RM 15 seorang...

Sunday, October 24, 2010

Krusus Gagasan Pimpinan Masyarakat

23 Okt lalu..JKKK Guar Perahu telah menghadiri krusus mengenai gagasan pimpinan anjuran kerajaan negeri bertempat di Pulau Jerejak..Sepanjang krusus berlangsung Pihak JKKK telah diberi pendedahan yang bermakna bagaimana cara dalam menguruskan sesuatu organisasi terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat....




































Thursday, September 30, 2010

Nah....Ambil kau Umno..

Isu Pengembalian Wang Penghargaan Warga Emas:11 ADUN UMNO PP Dicabar Mengembalikan Semua Gaji Mereka Kpd Kerajaan Negeri
oleh CM Lim Guan Eng pada pada 01hb Oktober 2010 pukul 2.34 ptg
Kenyataan Media Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang:

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan simpati kepada warga emas, khususnya di DUN Penaga, yang diwakili oleh Dato’ Azhar Ibrahim yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Baru-baru ini, seramai 40 orang warga emas dari DUN tersebut telah memulangkan semula wang Skim Penghargaan Warga Emas yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul. Ini bukti jelas, bahawa UMNO sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga merasa hairan, kenapa dengan tiba-tiba UMNO Pulau Pinang menjadi begitu prihatin tentang permasalahan rakyat? Apa bukti hitam-putih yang menyatakan wang dapatan dari sumber judi itu disalurkan kepada Program Penghargaan Warga Emas dan umat Islam di negeri ini? Ini menunjukkan sikap UMNO yang cukup gemar ‘hentam keromo’. Jika kita lihat sendiri paparan surat balas dari Setiausaha Sulit Ketua Menteri kepada Penang Turf Club (yang dipaparkan dalam pisau.net), jelas sekali dinyatakan di situ ia adalah sumbangan untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukannya untuk Program Penghargaan Warga Emas.

Kami juga sudah mendapat penjelasan daripada YB Phee Boon Poh, selaku Exco Kebajikan Negeri, bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan sebanyak RM2.4 Juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK), tanpa mengganggu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas. Kenyataan ini juga diperkuatkan dengan penjelasan dari Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang menyatakan wang sumbangan RM2 Juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.

Justeru, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di sini ingin menyelar sikap hipokrit yang dizahirkan oleh pemimpin UMNO, yang berlagak teliti dalam hal agama, walhal merekalah yang paling membelakangkannya. Jika benar mereka serius terhadap perjuangan menyelamatkan umat Islam dari menerima wang dari sumbangan judi, hiburan dan arak, mereka dicabar melakukan perkara-perkara berikut;

1. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua staf dan kakitangan Utusan Malaysia, (lidah rasmi parti itu) untuk memulangkan semua gaji mereka, kerana ada unsur judi dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan 4 nombor ekor di akhbar itu.

2. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua GLC-GLC di bawah pengaruh mereka agar memulangkan semua pendapatan gaji semula mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih dari percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak.

3. Mencabar agar 11 ADUN UMNO di Pulau Pinang yang melabel diri mereka sebagai ‘Pembela Agama, Bangsa & Negara’ agar memberi contoh tauladan awal dan terbaik, dengan mengembalikan semua gaji dan elaun Wakil Rakyat mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri, sebab bagi mereka, seolah-olah tidak ada satu pun yang ‘halal’ dari Kerajaan Negeri.

Cabaran ini dibuat, untuk menjawab serangan-serangan UMNO, dan kita tahu ini adalah satu lagi ‘peluru’ terdesak UMNO yang dihalakan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di Pulau Pinang. Ini juga isyarat jelas, betapa UMNO-Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang selama 52 Tahun cukup ‘terpukul’ dengan keupayaan Kerajaan Negeri berjimat sebanyak RM20 Juta untuk program ini, dan dengan wang penjimatan inilah, ia terus dikongsikan bersama dengan rakyat.

Cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada UMNO membuktikan diri mereka adalah ‘Pembela Melayu yang sebenar’, seperti yang selalu mereka war-warkan. Kami juga menyeru agar UMNO benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di Televisyen dan di dada-dada akhbar.

Kami Yang Membawa Suara Rakyat;

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang (AMKPP)

YB NG WEI AIK
Setiausaha,
Pemuda Sosialis DAP
(DAPSY) Pulau Pinang

MOHD. NOR B. HARUN
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang

30 September 2010

Nie apa cerita nie??



anda fikir sendirilah...umno nie klu depa main isu untuk fintah kerajaan negeri pulau pinang.. isu tu kena batang hidung depa balik.... kita yang blh berfikir...pakat2 la jadi reti sikit dalam soal2 mcm nie...buat pokcik2 yang terpengaruh...pas nie nak suruh anak2 pokcik bhenti kerja dengan kerajaan pusat pulak ka?? sbb sumber gaji tu dah bercampur dengan sumber judi2????

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ceramah perdana mengenai penerangan "isu sumber judi akan diadakan

PADA :1/10/10

BERTEMPAT : Markas PAS Pongsu Seribu

JAM : 9.00 Malam


Penceramah : Tuan Hj Mohamad Bin Sabu & Pimpinan PR Pulau Pinang


Semua dijemput Hadir... jgn dok cakap sahaja kot belakang & terpegaruh dengan media2 BN.

Mai dengar pulak apa jawapan pakatan rakyat.. Sekian...

Wednesday, September 29, 2010

JKKK SERTAI PEMILIHAN JKKK TERBAIK 2010





30 Sept 2010 jam 9 pagi bertempat didewan JKKK Guar Perahu telah berlangsung majlis penerangan dan penilaian mengenai pemilihan JKKK terbaik seluruh negeri Pulau Pinang.Pada majlis tersebut pihak jkkk Guar Perahu dinilai oleh 5 panel penilaian dari Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat,Jabatan Kesihatan dan MPSP.Saudara Anuar Abu Hassan selaku Pegerusi JKKK telah memberi penerangan barkaitan pengurusan dan pentadbiran. Manakala saudara Rosli Bin ahmad selaku setiausaha memberi penerangan barkaitan IT, program dan aktiviti2 yang ditelah dilaksanakan, Saudara Harun selaku bendahari & biro penerangan membentangkan kewangan dan kebajikkan yang telah di sempurnakan oleh pihak JKKK. Manakala Saudara Baharuddin biro Keselamatan telah menjelaskan berkaitan keselamatan..Sekian.

Monday, September 27, 2010

Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.
Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.Judi hendaklah dicegahMenurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.Ada juga bukan Islam miskin tegar“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia.“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen ‘anti-rasuah’ yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi. TOLONG FIKIR SAT WALAUPUN SEMINIT... Pusat judi berlambak-lambak dalam malaysia nie sapa punya kerja klu bukan dari kerajaan umno/bn?? berbilioan-bilion hasil yang disalurkan kepada kita semua...Ketua menteri dah cakap..wang tersebut diasingkan untuk islam dan bukan islam, dato asri pulak cakap klu ya sekali pun bantuan tersebut ianya tetap tidak haram... nak tunggu pulak mashitah,dato khir,firdaus dan seangkata dengan mereka cakap malaysia negara islam tp masih pusat judi yang terbesar ada dalam malaysia,kedai nombor ekor bersempah2...semut seberang laut nampak....Gajah dok depan biji mata xnampak ka?? rabun dekat ka apa kita nie??

Iklan Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri

Iklan Jawatan Kosong Secara Kontrak Di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jawatan Kosong Secara Kontrak Di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 dan Pengawal Keselamatan Gred KP11. Maklumat lanjut boleh didapati http://www.penang.gov.my/index.php?ch=1&pg=93&ac=1741&format=ann

Wednesday, September 22, 2010

Carta Organisasi JKKK Guar Perahu

Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa JKKK Guar Perahu 2010. Kepada penduduk2 yang bernaung di bawah mukim 21, jika ada masalah serta aduan boleh la hubungi jawatankuasa/wakil kg. anda tetapi setiap aduan itu biarlah logik dan berkaitan. insyallah...selagi terdaya pihak jkkk akan cuba selesaikan masalah yang dihadapi.

JKKK salur sumbangan untuk jamuan Hari Raya

JKKK Guar Perahu memperuntukkan RM2500 dari dana pasar malam untuk diagihkan kepada SETIAP kg. dibawahnya untuk jamuan Hari Raya pada tahun ini.
























Sumbangan Menjelang Hari Raya











Seramai 50 penduduk di bawah naugan JKKK Guar Perahu menerima sumbangan menjelang hari Raya pada 31 Ogos lalu,hasil daripada dana kutipan pasar malam.Sebanyak RM2000 disalurkan pada program tersebut.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Daripada Jawatankuasa Kemajuan Kampung & Komuniti (JKKK) Guar Perahu...

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431 H

Salam buat penduduk MK 21, Seluruh Jawatankuasa JKKK GUAR PERAHU.... Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, Semoga diberkati dan dirahmati...

KISAH SEBENAR ISU BAZAR RAMADHAN KOMTAR


Untuk pengetahuan semua,Kerajaan negeri sememangnya telah membenarkan persatuan peniaga KOMTAR ( yang turut dikuasai mamak umno ) untuk buat bazar ramadhan di tingkat 3 komtar. Penganjur telah kutip bayaran daripada setiap peniaga RM1500.00 tetapi penganjur tidak bayar kepada PDC,Ini tidak diketahui peniaga,Sebab itu PDC tahan sehingga bayaran dijelaskan. Umno memainkan isu perkauman kononnya kerajaan negeri anti melayu,bahkan media kroni jelas tidak melaporkan isu sebenar.Diharap kita jangan jadi orang yang terlibat suka buat fitnah,orang yang suka menyebarkan fitnah,orang yang sokong fitnah.. kaji dan selidik dulu dalam sesuatu isu.. jangan mempercayai sebulat2nya media seperti TV 1, TV 2 , TV 3 Dan seangkatan dengannya termasuklah Utusan dan berita harian..

Sunday, August 8, 2010

Jamuan Hargai Urusetia Memancing Dan Penduduk





08 Ogos jam 9.00mlm bertempat dewan Kg Terus telah berlangsung satu jamuan bakar sate disamping juadah2 lain. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengharagi penduduk2 terutama kg tersebut yang sentiasa memberi sokongan setiap aktiviti dan program jkkk diadakan..Selain itu juga,Perhargaan buat urusetia2 yang telah bertungkus lumus menjayakan pertandingan memancing pada mac lalu..terima kasih diucapkan pada semua...