BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431 H

Salam buat penduduk MK 21, Seluruh Jawatankuasa JKKK GUAR PERAHU.... Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, Semoga diberkati dan dirahmati...

KISAH SEBENAR ISU BAZAR RAMADHAN KOMTAR


Untuk pengetahuan semua,Kerajaan negeri sememangnya telah membenarkan persatuan peniaga KOMTAR ( yang turut dikuasai mamak umno ) untuk buat bazar ramadhan di tingkat 3 komtar. Penganjur telah kutip bayaran daripada setiap peniaga RM1500.00 tetapi penganjur tidak bayar kepada PDC,Ini tidak diketahui peniaga,Sebab itu PDC tahan sehingga bayaran dijelaskan. Umno memainkan isu perkauman kononnya kerajaan negeri anti melayu,bahkan media kroni jelas tidak melaporkan isu sebenar.Diharap kita jangan jadi orang yang terlibat suka buat fitnah,orang yang suka menyebarkan fitnah,orang yang sokong fitnah.. kaji dan selidik dulu dalam sesuatu isu.. jangan mempercayai sebulat2nya media seperti TV 1, TV 2 , TV 3 Dan seangkatan dengannya termasuklah Utusan dan berita harian..

Sunday, August 8, 2010

Jamuan Hargai Urusetia Memancing Dan Penduduk





08 Ogos jam 9.00mlm bertempat dewan Kg Terus telah berlangsung satu jamuan bakar sate disamping juadah2 lain. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengharagi penduduk2 terutama kg tersebut yang sentiasa memberi sokongan setiap aktiviti dan program jkkk diadakan..Selain itu juga,Perhargaan buat urusetia2 yang telah bertungkus lumus menjayakan pertandingan memancing pada mac lalu..terima kasih diucapkan pada semua...

Lawatan Dan Sumbangan Dato Seri Anwar Ibrahim



Ahad 08 ogos satu gotong royong telah diadakan disurau kg Guar Jering semperna menyambut Ramadhan 1431 H. Semperna majlis tersebut Dato seri Anwar Ibrahim telah memberi sumbangan melalui JKKK untuk membuat kenduri pada hari itu.Walaupun jadual yang terlalu padat masa terhad namun beliau sempat datang untuk meraikan disamping melawat pesakit strok Mohamad Pah. Kehadiran beliau disambut oleh Jawatankuasa surau,Jawatankuasa JKKK Guar Perahu dan penduduk sekitar disamping menikmati nasi daging kg Guar Jering yang cukup enak dan dikenali..

Ribuan Hadiri Karnival Sukan Rakyat.

Penduduk sedang menikmati jamuan tghari

Jkkk Guar Perahu menguruskan acara baling belon dan
acara kukur kelapa/nyok
acara dam Aji Gergasi
Bola sepak ragam kain pelekat/batik
antara urusetia Guar Perahu yang terlibat
acara tarik tali

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah,JKKK serta pihak2 yang terlibat dalam menganjurkan sukan rakyat pada sabtu lepas.Walaupun diawal pagi hujan mula turun tetapi ianya membawa rahmat pada program tersebut kerana kehadiran penduduk semakin ramai mjelang jam 9.30 pagi.. Program yang dirasmikan oleh Ketua menteri Lim Guan Eng turut dihadiri oleh Tim. ketua menteri 1 Dato Mansor Othman,Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato Seri Anwar Ibrahim dan exco2 kerajaan negeri.Perbagai acara menarik telah diadakan untuk setiap lapisan masyarakat.Kehadiran berbilang kaum juga telah memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut..JKKK Guar Perahu pada hari tersebut telah ditugaskan untuk mengendalikan acara kukur kelapa serta baling belon,Allamdulillah ianya berjalan lancar walaupun itu adalah acara pertama dan kedua yang dipertandingan.Pihak penganjur juga telah menumbangkan 2 ekor lembu untuk jamuan rakyat pada hari tersebut selain agensi kerajaan turut terlibat dalam pameran. Semoga kejayaan ini menjadi semangat buat penganjur agar menganjurkan lagi program ini dimasa akan datang walaupun keletihan masih terasa tapi kepuasan tetap dihati.