BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 29, 2011

JKKK bantu rumah mangsa penduduk ditimpa pokok tanpa fahaman politik..




29 Mac..Pihak JKKK menghulurkan bantuan segera apabila sebuah rumah yang terletak di Kg.Guar Jering telah ditimpa pokok pada hari tersebut sewaktu hujan lebat.Rumah mangsa mengalami kerosakan di ruang tamu dan tempat letak kereta..manakala sebuah kereta yang berada ditempat tersebut turut mengalami sedikit kerosakan...Seperti sedia maklum,walaupun mangsa seorang pyokong tegar umno,itu bukan persoalannya kerana bantuan dihulurkan tanpa mengira fahaman politik..

Saturday, February 19, 2011

Bukan RM1000 tapi RM2000...untuk bantu anak Pulau Pinang

GEORGE TOWN 17 FEB: Kira-kira 318 orang pelajar kelahiran Pulau Pinang yang menuntut Mesir akan diberi imbuhan oleh kerajaan negeri untuk menyambung kembali pelajaran apabila keadaan di sana kembali stabil.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini dan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman

Wang imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah RM 1,000 dan Pusat Urus Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) juga memberikan sejumlah RM 1,000.

Tuesday, February 15, 2011

Kerajaan P.Pinang sumbang RM1,000 untuk setiap pelajar kembali ke Mesir?


GEORGETOWN, 18 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir tidak lama lagi.


Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.


Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.


Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).


"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.


“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.


Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.


Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.


"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.



Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut.

Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa....m'siakini



Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa



Kerajaan Pulau Pinang memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk kira-kira 1,500 guru Kafa di negeri itu sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu hari ini.


Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100 seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Khamis lalu."Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah," katanya sambil memberitahu perkara itu diakui

oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency International.


Katanya,'kerajaan juga memberikan RM100 kepada guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.Sementara itu, mengulas sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.


Memetik pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata, kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan."Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan," katanya



Kerajaan Pulau Pinang memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk kira-kira 1,500 guru Kafa di negeri itu sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu hari ini.



Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100 seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Kha...mis lalu."Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah," katanya sambil memberitahu perkara itu diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency International.Katanya, kerajaan juga memberikan RM100 kepada guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.



Sementara itu, mengulas sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Umah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.Memetik pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata, kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan."Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan," katanya......

Wednesday, January 26, 2011

Kawal internet: Balas dendam kepada rakyat


22 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS berpendapat cadangan pindaan memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kepada internet sebagai cubaan membalas dendam kerajaan Umno BN kepada rakyat.


Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata tindakan itu dibuat ekoran rakyat telah menolak media konvensional berat sebelah Umno yang telah membawa kepada tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008.


"Ini adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda umno semata," katanya.Menurutnya, laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 melaporkan penurunan pengeluaran akhbar The Star daripada 310,000 kepada 287,000, New Straits Times daripada 139,000 kepada 111,000, Utusan Malaysia daripada 213,000 kepada 169,000 dan Berita Harian daripada 204,000 kepada 155,000.


"Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur," tambahnya.Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.


Pindaan tersebut katanya akan dibentangkan pada persidangan dewan rakyat Mac depan.Ujar Idris lagi, PAS berpendapat tindakan tersebut adalah untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja.Tindakan itu katanya suatu tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai taransformasi dan perubahan."Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju.


"Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut 'kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air'," katanya.


Harakahdaily/-

Friday, January 21, 2011

Jom Sertai Krusus Pertanian,Banyak Pilihan disediakan


Pihak Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang akan menyediakan Krusus pertanian di pusat2 latihan mereka. Kpada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung terus dengan jabatan berkenaan di talian 04-5372144/04-5372145. Berikut merupakan krusus yang disedia

Penanaman sayuran secara organik tarikh 23/24 Mac 2011 bertempat di TKPM ara kuda.

Teknologi Cendawan 6/7 April bertempat di Cherok tok kun.

Hasilan cili 13/14 April bertempat di tok kun.

Tanaman Nanas 04/05 Mei Bertempat di tok kun.

Proses makanan sejuk beku 14/15 Jun bertempat di tok kun.

Roti,Kek dan Biskut 13/14 Julai bertempat di tok kun.

Hasilan Soya dan cincau 07/08 Sept. bertempat di tok kun.

Proses Taugeh 04/05 Okt. bertempat di Bumbung lima,kepala batas.

pemprosesan mee 21/22 Okt. bertempat di tok kun

Penanaman cendawan 02/03 Nov. bertempat di Luar PLP.

Bakeri 19/20 Nov. bertempat di Tok kun.

sila dapatkan borang untuk krusus yang ingin diminati..

Thursday, January 20, 2011

Pulau Pinang Catat Pelaburan Tertinggi


Georgetown - Buat julung kalinya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan yang tertinggi di Malaysia dalam tempoh setahun berbanding tahun lalu dengan kedudukannya di tempat keempat.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu berikutan pengumuman yang dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohammed iaitu dalam aspek pelaburan bagi sektor pembuatan untuk Malaysia peratusannya meningkat sebanyak 45 peratus iaitu daripada RM32,637 juta kepada RM47,177 juta.

“Ini menunjukkan Pulau Pinang mencatat sejarah paling besar dalam aspek pelaburan dengan jumlah RM12,238 juta berbanding RM2,165 juta pada 2009 iaitu meningkat lima kali ganda selain angka pelaburan bagi tahun ini paling besar berbanding jumlah pelaburan sejak 1980.

“Kejayaan ini adalah berkat usaha keras semua pihak termasuk 1.6 juta rakyat Pulau Pinang yang memberikan kerjasama baik kepada kepimpinan Kerajaan Negeri dan juga semua agensi Kerajaan Negeri yang terlibat dan juga Kerajaan Persekutuan khususnya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, dalam tempoh singkat termasuk sebagai kerajaan yang kurang pengalaman, Pulau Pinang mencapai prestasi yang tidak disangka namun ia berkat sokongan dan kerjasama semua agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Sebelum ini Pulau Pinang dapat pujian daripada laporan Ketua Audit Negara iaitu negeri yang mempunyai prestasi pengurusan kewangan yang baik di Malaysia pada 2009, Negeri Hijau pertama di Malaysia dan ini adalah kejayaan baru buat rakyat Pulau Pinang,” kata Guan Eng.

Pertemuan blogger Pakatan Pulau Pinang 16 Jan Di Puncak Kristal Kg. Pelet


Semua blogger yang pernah bersama-sama menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang dijemput hadir bersama Lajnah Penerangan PAS negeri bagi tujuan 'pam' kembali semangat mereka yang kian luntur setelah Pakatan Rakyat menang pada 8 Mac 2008.


Program yang diadakan pada 16 Januari di Puncak Mutiara Kristal yang terkenal dengan masakan kambing di Kampung Pelet, Penanti akan bermula pukul 8.00 malam.Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Zulkifly Ishak berkata, pertemuan tersebut amat penting kerana BN terlalu bebas menaburkan fitnah kepada Pakatan Rakyat.


Katanya, sedangkan Pakatan Rakyat masih dibelenggu dengan media yang boleh dijadikan alternatif bagi menjawab semua dakyah jahat Umno dan BN."Semua blogger diharap dapat bersama kami kerana pertemuan itu pastinya mencatat satu lagi perkembangan positif memandangkan tarikh pilihanraya semakin hampir," tegasnya.Lagipun, katanya sudah lama tiada pertemuan untuk membincangkan beberapa perkara penting sebagai bekalan blogger memantapkan lagi isu yang melanda negeri ini.


Umno kini bertukar strategi dengan masuk ke kampung-kampung menerangkan isu wang judi, kerajaan negeri meroboh gerai Melayu, penghakisan orang Melayu dari Pulau Pinang serta semakin banyak tanah orang Melayu dijual pada bukan Melayu dan sebagainya.


“Isu-isu begini masih berlegar tenang di pemikiran orang Melayu sehinggakan mereka menganggap Kerajaan Pakatan Rakyat jahat dan tidak menguntungkan orang Melayu di Pulau Pinang."Umno gunakan media mereka dan turun ke kampung-kampung untuk sebarkan dakyah jahat untuk tujuan memburukan Kerajaan Negeri. Kita tak patut duduk diam tanpa menjawab sesuatu. Peranan bloggerlah yang kita harapkan," jelas beliau.

Untuk maklumat lanjut hubungi Rashid Mohd Ali di talian 013-4145663

Sunday, January 16, 2011

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS


Dewan Pemuda PAS Pusat bakal mencatatkan satu lagi sejarah penting, apabila satu himpunan besar akan diadakan bagi mengumpulkan para pemuda PAS di seluruh negara. Himpunan ini sebagai persediaan awal pemuda berhadapan dengan pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan kali ke-3 selepas perhimpunan pertama di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada tahun 2002 yang mengumpulkan seramai 5 ribu Pemuda PAS dan Himpunan kali kedua di Kota Bharu, Kelantan yang berjaya mengumpulkan 15 ribu Pemuda PAS dari seluruh negara.


Dengan bertemakan "Masa Untuk Berubah" himpunan bersejarah 30 000 pemuda ini akan diadakan pada 19 Februari 2011 (Sabtu) bersamaan 16 Rabiulawal 1432 Hijriah bertempat di Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.

Ia akan berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Perasmian akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ust Azizan bin Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa. Mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Ustaz Abu Bakar bin Chik, Tuan Haji Mohamad bin Sabu, YB Tn Hj Mahfuz Omar, YB Hj salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut bersama meraikan program ini.
Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu. Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain Bola sepak Kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
SetiausahaDewan Pemuda PAS Pusat
Pengarah Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS

Tiba Masanya PAS GANTI UMNO..






















Jika di Terangganu rakyat kian bangkit dan bangun untuk memastikan PAS GANTI UMNO.. Seluruh rakyat Pulau pinang juga harus sedar bahawa umno yang kini hanya asyik berlakon di Pulau Pinang juga harus ditumpaskan. Terutamanya bagi penduduk2 dimana calon PAS bertanding pada pilihanraya ke 13 nanti..Cuba anda bayangkan setelah sekian lama umno memerintah mereka lupa melayu sudah lama berpindah randah tiba2 apabila mereka tewas... bangun bagai wira yang melalak kehilangan harta sedangkan disaat mereka menang dan menguasai mejoriti mereka serahkan jawatan Ketua Menteri kepada cina.. kini sudah ramai orang melayu naik loya dengan umno yang belagak juara tapi mereka lupa merekalah perosak kepada setiap generasi.
Jawapannya sekarang,semua pihak harus berkerja keras agar memastikan DUN2 terutamanya dikawasan parliman Balik Pulau,Tasek Gelugor dan Kepada Batas milik PAS dan PKR.Insyallah jika calon PAS sudah ramai dalam kerajaan negeri bermakna kekuatan dalam pertadbiran kerajaan negeri menjadi kian mantap dan kuat daripada membiarkan umno menjadi pembangkang yang asyik berlakon dan menganggu pentadbiran kerajaan negeri. Oleh itu... Ayuh semua rakyat jelata kita Pastikan PAS Ganti Umno disetiap DUN2 yang akan berlangsungnya pilihanraya nanti..

Sunday, January 9, 2011

Hampir 30 Ribu Hadir Solat Hajat Di Selangor
























Solat Hajat penuh sesak di Stadium Melawati SHAH ALAM, 9 Jan: Hampir 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Friday, January 7, 2011

Kuliah Pengajian Agama Untuk Muslimat


Tuesday, January 4, 2011

Majlis Pelancaran Setiap Hari Tanpa Beg Plastik

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Majlis Pelancaran Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma dan Upacara Sambutan 100 Tan Bahan Kitar Semula Terkumpul pada 1.1.2011, di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.
YB Chow Kon YeowEXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas

Mr. Chan Hoi ChoyCEO of Sunway Group of Shopping Malls Mr.

Chow Heng WahCentre Manager of Sunway Carnival Mall

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau PinangYang Berhormat /

Yang Berbahagia Dato’ – Dato’,Yang Berhormat Dato’/Tuan-tuan dan Puan-puan,
Ketua-Ketua Jabatan yang dihormati sekalian. Salam hormat dan selamat sejahtera.
Y.Berhormat/ Y.Berbahagia Dato’/ Tuan-tuan dan Puan-puan.

Saya berasa amat gembira kerana dapat berhimpun bersama semua hadirin pada tahun baru ini pada pagi yang bersejarah ini bagi merasmikan Majlis Pelancaran Setiap Hari Tanpa Beg Plastik dan Upacara Sambutan 100 Tan Bahan Kitar Semula Terkumpul.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Sunway Carnival Mall, Pusat Kitar Semula ESH, TYEYO Enterprise Sdn Bhd dan semua pihak yang turut serta dalam menjayakan Majlis hari ini. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuju ke arah sebuah Negeri Hijau, maka pelbagai inisiatif telah dan sedang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat jelata.


Kerajaan Negeri sentiasa menyumbang dalam mengurangkan kesan tapak kaki karbon (Carbon Footprint) dalam menangani perubahan iklim (climate change) melalui pelbagai program pemuliharaan alam sekitar. Hari ini Pulau Pinang telah mencatatkan sejarah apabila menjadi negeri pertama di Malaysia melancarkan kempen “Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma” (No Free Plastic Bags Day).
Inisiatif kerajaan negeri Pulua Pinang telahpun diikuti oleh kerajaan Persekutuan yang telahpun mulai kempen “Tanpa Beg Plastik Setiap Sabtu” hari ini juga. Sebenarnya Pulau Pinang telah mulakan inisiatif dengan Tanpa Beg Plastik percuma sehari seminggu pada 1 Julai 2009, dan kempen ini dilanjutkan kepada 3 hari dalam seminggu mulai 1 Januari 2010.

Hari ini bersama dengan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang, kita mengorak langkah berani dengan menjalankan usaha menjaga alam sekitar sepanjang masa sepanjang tahun. Kita harap usaha mengurangkan penggunaan beg plastik ini akan membolehkan kita mencapai wawasan menjadi negeri hijau pertama di Malaysia. Kami bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan persekutuan untuk menjayakan inisiatif ini. Akan tetapi, kami kesal bahawa BN dan Gerakan Pulau Pinang telah memilih untuk berdiri bersama Persatuan Pekilang Plastik Malaysia atau Malaysian Plastic Manufacturers Association(MPMA) menentang inisiatif hijau kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kami kurang faham macam mana mereka ini boleh galakkan pengurangan beg plastik dengan megedarkan 180,000 helai beg plastik percuma mulai bulan Januari tahun 2011.Sekiranya pihak pro-beg plastik ini begitu yakin bahawa beg plastik 100% boleh dikitar semula, mengapa mereka tak pergi kutip semua beg plastik terpakai yang berselerak di tapak pelupusan Pulau Burung, di tepi jalan, tersumbat di dalam sungai, di dalam longkang?

Tak kan MPMA, BN dan Gerakan Pulau Pinang tidak tahu bahawa rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM 163 juta dalam 2 tahuni ini. Setiap individu gunakan lapan helai plastik seminggu yang mengambil masa 500 thaun unutk diuraikan(decompose) Pengurangan penggunaan beg plastik ini adalah terpakai kepada semua hypermarket, supermarket, departmental stores, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar, kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak).

Manakala pasar mini dan premis perniagaan tunggal juga perlu mematuhi syarat baru semasa pembaharuan lesen iaitu melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik 3 hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Penjaja dan pasar adalah dikecualikan daripada peraturan baru tersebut.Sesiapa yang masih ingin menggunakan beg plastik boleh memperolehinya dengan bayaran sebanyak 20 sen sekeping, di mana wang tersebut akan disalurkan kepada akaun Rakan Anti- Kemiskinan Negeri Pulau Pinang (RAK).

Bawalah beg membeli-belah jika anda ingin menjimatkan 20sen tersebut. Di samping itu, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan konsep 3R(Reduce, Reuse and Recycle) betul-betul dipraktiskan dalam kempen ini oleh rakyat Pulau Pinang. Antaranya ialah dengan mengedar beg membeli-belah percuma yang diperbuat daripada kain rentang terpakai. Tahun ini, Kerajaan negeri akan memperkenalkan satu bekas sampah dikitar semula setiap 100 langkah atau ‘100 Steps for Cleanliness’ di George Town dan dua tempat di MPSP.

Tuan-tuan dan puan-puan, kami ingin ucapkan tahniah kepada Sunway Carnival Mall atas penubuhan “Recycling Buy Back Centre” atau Pusat Kitar Semula ESH yang menggalakkan 3Rs dengan mengumpul lebih 100 tan bahan kitar semula dalam satu tahun untuk dijual dengan untungnya. Saya berharap Recycling Buy Back Centre ini boleh diteladani oleh lebih banyak pusat membeli-belah di Pulau Pinang supaya kadar kitar semula boleh ditingkatkan lagi.

Kita haruslah sentiasa mengingati bahawa kita bukan mewarisi ibu bumi ini tetapi kita pinjam daripada anak dan cucu-cicit, bumi ini mesti dikembalikannya kepada mereka dalam keadaan yang hijau dan sihat. Jadilah pengguna bijak yang tidak menggunakan beg plastik agar kita dapat menjadikan Pulau Pinang negeri hijau pertama di Malaysia dan juga menyeleamatkan bumi.Sekian, terima kasih.