BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 21, 2010

JKKK Iringi DSAI Dan Tkm 1 Ziarahi Pesakit




Pada 16 hb lalu jam 5.20ptg pihak JKKK telah membawa Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga YB Mansor Othman melawat pesakit strok iaitu Mohd Dali peniaga mee kuah bertempat dikg Guar Perahu,sebelum itu pihak JKKK turut membawa menziarahi Pakmeh yang terlantar sakit lumpuh juga di kg Guar Perahu..Walaupun Dato Seri terlalu sibuk waktu ini terutamanya tuduhan kes kepada beliau yang belum selesai,Namun apa yang mengkagumkan penulis apabila pulang pasti beliau akan melawat dan menziarahi penduduk dikawasan Permatang Pauh..Beliau juga melahirkan perasaan prihatin dan memberi kata2 semangat kepada mereka disamping menyampaikan sumbangan peribadi.. Apabila penulis megenangkan apa yang berlaku kepada Dato seri,terasa sebak menikam didada,semangat beliau begitu kuat mengharungi fitnah oleh pihak2 tertentu. Apakah kita semua membekukan hati,membutakan mata,memekakan telinga terhadap tuduhan yang dileparkan kepada beliau???? ingatlah

Firman Allah di dalam Surah Al-Hujurat- 6:“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang FASIK membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum ( penduduk,masyarakat)tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu… .. Buat semua sendiri fikirlah...terutama sekarang ni..banyak fintah...banyak mereka-reka cerita.. ingat fintah itu lebih tajam dari mata pedang dan sebab itu dosanya lebih besar daripada membunuh.